Posts

DEKAT MANA KAMPUNG DURIAN HIJAU NI?

Image
Pasti ramai yang tertanya tanya, dekat mana kampung Durian Hijau ni kan? Ok, admin nak cerita sikit. Kampung Durian Hijau ni berada dalam daerah Jerantut Pahang. Kampung Durian Hijau merupakan  sebuah kampung tradisional yang terletak dihilir daerah Jerantut (penghujung), bersempadan dengan daerah Temerloh dan juga Maran.

LOGO KAMPUNG DURIAN HIJAU

Image
1.     BUAH DURIAN SEMPENA NAMA KAMPUNG, 2.     RUMAH TRADISIONAL MELAMBANGKAN KAMPUNG TRADISIONAL, 3.     WARNA KUNING MELAMBANGKAN SISTEM BERAJA, 4.     WARNA PUTIH MELAMBANGKAN KEBERSIHAN, 5.     KOCAKAN AIR MELAMBANGKAN SUNGAI PAHANG, 6.     WARNA BIRU MELAMBANGKAN KEHARMONIAN PENDUDUK KAMPUNG, 7.     MANUSIA BERANGKAI MELAMBANGKAN SEGERAK MAJU JAYA, 8.     BINTANG BERBUCU LIMA MELAMBANGKAN ISLAM ANUTAN PENDUDUK KAMPUNG, 9.     BULATAN BERWARNA HIJAU MELAMBANGKAN SATU KELOMPOK MASYARAKAT.

ASAL USUL DAN SEJARAH KG DURIAN HIJAU

        Asal nama kampung Durian Hijau adalah dari sepohon pokok durian yg besar dan sentiasa berbuah lebat . Pada setiap musim , yang mana menarik ramai pengunjung . Adalah dipercayai buah durian itu berbuah berwarna hijau . Bersempena itu maka wujudlah nama ‘KAMPUNG DURIAN HIJAU’.           Kg Durian Hijau adalah sebuah kampung tradisional terletak di pinggir Sungai Pahang yang dihuni oleh golongan petani dan nelayan sungai , mula diterokai pada tahun 1940 oleh ilmuan islam bernama Hj . Sulaiman bin H j . Pi bersama Mohamad bin Awang , dengan mengutamakan kepada pengajian keagamaan hingga terdirinya sebuah sekolah atap pada tahun 1946. Pada asalnya Kg. Durian Hijau adalah gabungan K g Durian Hijau , Kg. Tg.Belanja , Kg.Tg . Buluh , Kg Tenggok , Kg Batu Ampun , Kg Batu Rengkong dan Kg Sengklau . Namun begitu , lanskap kehidupan kampung ini...