ASAL USUL DAN SEJARAH KG DURIAN HIJAU
Asal nama kampung
Durian Hijau adalah dari sepohon pokok
durian yg besar dan sentiasa berbuah lebat. Pada setiap musim,
yang mana menarik ramai pengunjung. Adalah dipercayai buah
durian itu berbuah berwarna hijau. Bersempena itu maka wujudlah nama
‘KAMPUNG DURIAN HIJAU’.
Kg Durian
Hijau adalah sebuah kampung tradisional terletak di pinggir
Sungai Pahang yang dihuni oleh golongan petani dan nelayan sungai, mula diterokai pada tahun 1940
oleh ilmuan islam bernama Hj. Sulaiman bin Hj. Pi bersama Mohamad bin Awang, dengan mengutamakan kepada pengajian keagamaan hingga terdirinya sebuah sekolah atap pada tahun
1946. Pada asalnya Kg. Durian
Hijau adalah gabungan Kg Durian
Hijau, Kg. Tg.Belanja, Kg.Tg. Buluh, Kg Tenggok, Kg Batu Ampun, Kg Batu Rengkong dan Kg Sengklau. Namun begitu, lanskap kehidupan kampung ini telah berubah selepas banjir besar tahun 1970
yang mana ramai penduduk telah berhijrah ke Felda-Felda. Bagi yang tinggal di kampung, mereka telah menerokai tanah-tanah dan mendirikan pondok/rumah maka wujudlah kampung Tanjung Benta dan kampung Pamah Keruing yang
mana semakin hari semakin bertambah bilangan penduduknya.
Dan kini pusat pentadbiran
kampung
telah
berpindah
ke
Kg
Pamah
Keruing
yang menyediakan
kemudahan
asas
seperti
dewan,
bilik
mesyuarat
dan
gelanggang
futsal.
Comments
Post a Comment